Theodora (abad ke-11)
Theodora (abad ke-11)

Theodora (abad ke-11)

Theodora ([Θεοδώρα, Theodōra] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); 980 M – lewat Ogos/awal September 1056) ialah seorang Maharani Byzantine yang dilahirkan ke dalam keluarga Wangsa Macedonia yang telah memerintah Empayar Byzantine selama hampir dua ratus tahun. Beliau menjadi maharani bersama dengan kakaknya, Zoe selama dua bulan dalam tahun 1042 M dan maharani yang memerintah tunggal dari 11 Januari 1055 sehingga 31 Ogos 1056. Beliau merupakan pemerintah terakhir daripada wangsa Macedonia, dan selepas kematiannya, empayar mengalami kemerosotan kuasa yang berlangsung sehingga menunculan Alexios I Komnenos dalam tahun 1081.